Wednesday, September 23, 2009

Persiapan Majlis kahwin Lepas Raya....

Hi Sumer... Rasanya belum terlambat lagi untuk kak andam mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada semua. kepada bakal-bakal pengantin pulak kak andam nak ingatkan jangan makan lebih-lebih kang kembung sana kembung sini, jerawat sana jerawat sini mulalah nak pakai macam-macam, sudahnya masa majlis nanti muka dah tak berseri...

Tapi apa-apa pun kalau kena dengan sentuhan professional jerawat batu pun tak nampak. Ki Ki Ki...

Ok lah cukup-cukup lah celoteh kak andam kan...Baru-baru ni ada orang bertanya kak andam, kalau dia menggunakan warna tema untuk majlis kahwin perlu tak seluruh family dia pun gunakan warna tema yang sama...Hmm... Soalan yang sangat bagus.. oklah disini kak andam akan sharekan beberapa tip dan panduan yang kak andam tahu yer...


Jawapan Kak Andam:

Sudah menjadi lumrah atau kebiasaan orang-orang melayu kat Malaysia ni.. kalau kenduri kahwin dari baju pengantin, bilil tidur, Cadar, Langsir, baju mak abah, adik beradik dan semua yang berkenaan akan pakai tema warna yang sama. Bak kata orang habih kain berpapan-papan dek kerana nak kan warna yang sama.

Pada pandangan kak andam memang tak salah kalau nak sumer sama... tapi hilanglah serinya..

Bayangkanlah mempelai tengah dok bersanding dengan baju warna purple..tiba-tiba pengapitnya pun kongsi warna yang sama...nak-nak pengapitnya hensem dan cun melebihi mempelai. tak ke haru tu....satu lagi bergambar pulak atas cadar berwarna purple gak.. tak ke nampak kepala je kang.

seelok-eloknya biarlah warna tema yang kita gunakan tu mempunyai sedikit perbezaan. sebagai contoh sekiranya kita menggunakan biru sebagai tema, ambillah cadar dan langsirnya dari kombinasi biru putih, atau biru yang berlainan tone warna. barulah harmoni. bagi kaum keluarga pula lebih manis sekiranya menggunakan warna-warna selain biru. Tidak salah sekiranya mereka juga inginkan warna tema mereka sendiri. Cuba Match kan dengan warna-warna yang agak sejuk seperti kuning air, pink lembut atau hijau muda. Nah! cuba bayangkan mempelai dengan pilihan warna biru muda dikelilingi kaum keluarga yang menggunakan tema seperti kuning air. kan nampak ada sedikit perbezaan dan out standing...

Wlau apa-apa pun tepuk dada tanya selera kan...

Sampai jumpa lagi dalam celoteh kak andam yang lain...